Wednesday, January 20, 2010

Warga emas guna MyKad palsu tipu geran tanah

NASIONAL

KUALA TERENGGANU: Pejabat Tanah Kuala Terengganu menggagalkan percubaan seorang warga emas mendapatkan hak milik tanah di Mukim Kuala Nerus di sini, selepas mendapati MyKad dikemukakannya palsu.

Percubaan lelaki berusia 60 itu dikesan kakitangan pejabat tanah selepas memeriksa ketulenan MyKad selepas dia memohon memasukkan namanya pada satu geran tanah di Kampung Seberang Takir di sini.

Pegawai Tadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu, Datuk Mohd Alim Muda, berkata sikap berhati-hati kakitangannya bukan saja menggagalkan percubaan menipu lelaki terbabit, tetapi mengesan penggunaan MyKad palsu.



“Lelaki terbabit membuat permohonan memasukkan namanya dalam geran tanah dengan mendakwa satu daripada empat pemilik, kira-kira jam 3.50 petang, kelmarin.

"Bagaimanapun, selepas pemeriksaan mendapati kad pengenalannya palsu, seorang pegawai bertugas kemudian menghubungi bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Katanya, ini adalah kes pertama iaitu kad pengenalan palsu digunakan oleh suspek bagi tujuan memasukkan nama pada geran tanah di Pejabat Tanah daerah ini.

No comments:

Post a Comment