Saturday, January 16, 2010

PGA rampas pelbagai barangan RM1.6j (17/1/10)

LUBOK SETOL: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membanteras penyeludupan pelbagai barangan membabitkan nilai rampasan lebih RM1.6 juta dengan penyeludupan ternakan mencatat jumlah paling tinggi dengan rampasan bernilai lebih RM1 juta.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata antara Disember lalu hingga awal bulan ini, 90 kes penyeludupan berjaya ditumpaskan antaranya penyeludupan lembu, dadah, beras, petrol dan diesel, minyak masak, kenderaan serta pendatang asing tanpa izin.

Daripada keseluruhan rampasan itu, katanya, haiwan ternakan terutama lembu, kerbau dan kambing menjadi tumpuan penyeludupan untuk dijual di pasaran tempatan, terutama dagingnya.



"Nilai rampasan lembu mencecah RM1.247 juta kerana permintaan tinggi pengguna di negeri ini terutama memenuhi permintaan bekalan daging. PGA juga berjaya merampas 15 tan beras bernilai RM154,185," katanya.

No comments:

Post a Comment