Wednesday, March 3, 2010

Tipu cek: Polis buru empat pengarah syarikat

IPOH 2 Mac 2010 - Dalam tempoh seminggu sahaja, sebuah syarikat pemborong di Menglembu di sini menerima sebanyak 30 laporan polis daripada para pembekal barangan di sekitar bandar raya ini kerana didakwa menipu.

Laporan yang dibuat antara lain mendakwa, kesemua cek yang dikeluarkan yang bernilai RM6.2 juta kepada pembekal tidak boleh ditunaikan kerana akaun syarikat itu telah ditutup.

Apa yang pelik, sejak 10 tahun lalu, syarikat tersebut tidak pernah mempunyai masalah mengenai bayaran kepada pembekalnya.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner I Datuk Zakaria Yusof berkata, polis kini sedang berusaha mengesan empat pengarah syarikat tersebut yang dipercayai terlibat dalam 30 kes penipuan yang dilaporkan.

Mereka adalah Chea Kim Hong yang memegang kad pengenalan bernombor 581203-08-6333; Chea Kim Hon (630523-08-5135); Chong Kok Leong (691025-08-5967) dan Chea Wei Seng (781213-08-5285).

Menurut beliau, pihaknya telah membuka sebanyak 30 kertas siasatan selepas menerima laporan yang dibuat terhadap syarikat tersebut dari 17 Februari hingga 24 Februari lalu.

"Kita percaya ini merupakan kes penipuan terbesar di negeri ini setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Raya Jaya Jusco di sini hari ini.

Menurut Zakaria, siasatan polis mendapati, syarikat itu yang beralamat di Kawasan Perindustrian Chandan Raya, Menglembu telah ditutup manakala keempat-empat pengarahnya telah menghilangkan diri.

"Kita tidak tahu sama ada dakwaan itu berkaitan syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Sehubungan itu, polis meminta empat pengarah syarikat berkenaan supaya menyerah diri kepada polis atau mereka akan ditangkap dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi polis di talian 05-5486751 atau 019-5900771.

No comments:

Post a Comment