Tuesday, March 2, 2010

Kilang cakera optik cetak rompak diserbu

02/03/2010 3:46pm

KUALA LUMPUR 2 Mac 2010 – Sebuah kilang menghasilkan cakera padat dan cakera padat digital cetak rompak yang berselindung di sebalik aktiviti memproses baja ditumpaskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya selepas menyerbu sebuah kilang di Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Serbuan yang dilakukan pukul 12 tengah hari itu turut menahan lima pekerja warga asing yang bekerja di premis tersebut.

Ketua Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan) KPDNKK Putrajaya, Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, rampasan cakera optik bersama dua buah mesin pengeluar dan pencetak bernilai RM8 juta itu adalah yang terbesar setakat ini. – Utusan

No comments:

Post a Comment