Tuesday, March 2, 2010

Bekas CEO Nascom dipenjara empat tahun

02/03/2010 4:05pm

SHAH ALAM 2 Mac 2010 - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Komputer Nasional Bhd. (Nascom), Zulkifli Amin Mamat dijatuhi hukuman penjara empat tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dia didapati bersalah melakukan pecah amanah membabitkan RM1.61 juta lapan tahun lepas.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Zulkifli didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Nascom di Subang Hi-Tech Industry Park antara 25 November dan 31 Disember 2002. - Bernama

No comments:

Post a Comment