Thursday, February 4, 2010

Pakar feng shui tuntut harta jutawan ditahan (5/2/10)

HONG KONG: Polis Hong Kong menahan seorang pakar feng shui di tengah perebutan hak kekayaan berbilion dolar milik mendiang jutawan Nina Wang, lapor media tempatan selepas mahkamah memutuskan wasiatnya mungkin dipalsukan.

Polis menahan Tony Chan di rumah mewahnya lewat petang kelmarin dan merampas beberapa bukti.

Jurucakap polis mengatakan, seorang lelaki berusia 50 tahun dengan nama keluarga Chan ditahan kerana disyaki memalsukan satu dokumen.



Jurucakap itu menambah lelaki itu ditahan polis semalaman dan masih disiasat. Polis di sini sering tidak menamakan seorang suspek sehingga dakwaan rasmi dilakukan.

Chan membuat tuntutan ke atas kekayaan Wang sebagai bekas kekasihnya, menunjukkan kepada mahkamah satu wasiat pada 2006 yang menamakannya sebagai waris tunggal kekayaan wanita itu.

Namun, selepas prosiding yang lama, hakim memutuskan wasiat itu palsu berikutan wasiat Chan itu bertentangan dengan draf wasiat awal yang ditinggalkan Wang pada 2002, yang mewasiatkan supaya harta kekayaannya diberi kepada Yayasan Kebajikan Chinachem, yang mempunyai kaitan dengan keluarganya.

No comments:

Post a Comment