Thursday, February 4, 2010

APMM rampas rokok keretek

IBRAHIM Mohamed (kiri) menunjukkan sebahagian 2,180 karton rokok keretek bernilai RM188,739 yang berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam satu operasi, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



ALOR GAJAH 4 Feb 2010 – Sebanyak 2,180 karton rokok keretek bernilai RM188,739 termasuk cukai yang cuba diseludup ke negara ini berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu operasi malam tadi.

Kejayaan hasil maklumat awam itu diperoleh pada pukul 10 malam selepas APMM menahan sebuah bot pancung yang mencurigakan kira-kira 17.6 kilometer (9.8 batu nautika) dari pantai Kuala Sepang Besar, Selangor.

Ketua Penguat Kuasa Kuasa Maritim Kuala Linggi, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, sebaik sahaja menyedari kehadiran APMM, bot tersebut telah melarikan diri ke arah hutan berhampiran.

“Dua lelaki kemudian dilihat meninggalkan bot itu sebelum menghilangkan diri dalam hutan tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui 30 karung berisi ribuan karton rokok keretek,” katanya dalam satu sidang akhbar di APMM Kuala Linggi, di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, kejayaan itu adalah yang pertama melibatkan rokok seludup oleh APMM Kuala Linggi tahun ini.

Katanya, pihaknya akan meneruskan usaha membanteras aktiviti penyeludupan dari semasa ke semasa.

“Maklumat orang ramai untuk membanteras aktiviti penyeludupan seperti ini adalah sangat diharapkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment