Friday, February 5, 2010

Ahli parlimen Britain salah guna wang

06/02/2010 3:04am


LONDON 5 Feb. _ Pihak pendakwaraya Britain hari ini mengumumkan akan mendakwa empat ahli parlimen atas tuduhan menyalahgunakan perbelanjaan parlimen dalam satu skandal yang menimbulkan kegusaran politik di negara berkenaan.

Pengarah Pendakwaraya, Keir Starmer berkata, pertuduhan membabitkan pemalsuan akaun akan dikenakan terhadap tiga ahli parlimen dari Parti Buruh dan seorang dari Parti Konservatif.

``Dalam empat kes ini, kita telah menyimpulkan bahawa terdapat bukti yang cukup untuk membuat tuduhan jenayah terhadap individu terlibat,’’ katanya di sini hari ini.

Tiga ahli parlimen daripada Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri, Gordon Brown menafikan sebarang salah laku namun Brown dipercayai akan terkena tempias ekoran tuduhan berkenaan sebelum pilihan raya Britain yang mesti diadakan menjelang Jun ini. _ AFP

No comments:

Post a Comment