Wednesday, November 3, 2010

Polis siasat jumlah sebenar bayi dijual hospital swasta

03/11/2010 5:23pm


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Polis sedang menyiasat jumlah sebenar bayi yang telah menjadi mangsa sindiket penjualan bayi oleh sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, buat masa ini, hanya dua bayi dikenal pasti berjaya diselamatkan dalam serbuan dua hari lepas.

"Hospital ini telah beroperasi lebih dari 30 tahun dan kita sedang siasat berapa banyak bayi lagi yang dipercayai merupakan anak luar nikah yang telah dijual kepada orang awam.

"Justeru kita minta mana-mana pihak yang memperoleh bayi dalam keadaan meragukan atau membeli dari hospital termasuk hospital tersebut agar tampil menyalurkan maklumat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, polis telah menahan enam individu iaitu doktor yang berpangkat Datuk, isteri serta anaknya dan tiga pekerja hospital tersebut dan tangkapan seterusnya bergantung kepada soal siasat yang dijalankan. – Bernama

No comments:

Post a Comment