Wednesday, November 3, 2010

Doktor palsu maklumat kena tindakan

2010/11/04
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengambil tindakan terhadap doktor yang memalsukan maklumat pengesahan kelahiran hingga seorang bayi perempuan yang dijual pada harga RM21,000 mendapat sijil lahir sah berbintikan individu yang membelinya sebagai bapa.

Selain itu, jabatan berkenaan juga akan memulakan siasatan dalamannya dengan menyoal siasat penyelia dan pegawai yang bertugas di kaunter permohonan sijil lahir di Putrajaya. Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang, berkata jika didapati doktor mengesahkan maklumat pada dokumen yang dikemukakan ketika permohonan sijil lahir itu palsu, tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. “JPN kini dalam proses mengumpul bukti untuk mengesahkan maklumat yang dikemukakan doktor terbabit adalah palsu dan seterusnya akan menyerahkan kes itu kepada polis untuk mengambil tindakan menahan dan mendakwa doktor berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Berita Harian mendedahkan Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman menyerbu hospital berkenaan dan menahan enam individu, termasuk pemilik hospital bergelar Datuk, isteri dan anaknya serta tiga kakitangan hospital berkenaan selepas urusan menjual seorang bayi perempuan berusia seminggu di hospital itu kepada pasangan suami isteri dengan harga RM21,000

No comments:

Post a Comment