Monday, June 21, 2010

Sindiket tipu 111 wanita tumpas

2010/06/22
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan internet yang memperdayakan 111 wanita tempatan termasuk seorang warga emas berusia 73 tahun membabitkan kerugian RM1.5 juta, selepas menahan 14 orang termasuk 11 warga Nigeria, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata sindiket yang dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu, itu turut dianggotai tiga wanita tempatan yang menyamar sebagai pegawai kastam. Katanya, kesemua suspek berusia antara 25 dan 38 tahun itu termasuk seorang pelajar sebuah universiti tempatan, ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Bukit Mertajam, Butterworth dan Georgetown di sini. Beliau berkata, susulan penahanan ahli sindiket itu, polis merampas 36 telefon bimbit, komputer riba (enam), pemacu cakera keras (dua), wang tunai RM849 dan sejumlah mata wang asing iaitu Nigeria naira 1,930, AS$1,546 dan euro 1,000.

“Siasatan awal mendapati sindiket itu menyamar sebagai warga Britain dan menjerat wanita tempatan menggunakan laman sembang di internet dengan berpura-pura bercinta serta ingin mengahwini mereka, selain menawarkan pelaburan lumayan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tun Hisan menjelaskan, mangsa yang masih bujang, kebanyakannya golongan profesional termasuk guru, peguam dan jurutera terpedaya dengan kata cinta sebelum ditawarkan pelbagai hadiah termasuk wang tunai.

Katanya, sindiket itu kemudian memberitahu mangsa barangan tidak dapat diserahkan dan perlu membayar duti kepada kastam atau mendakwa barangan sudah tiba di lapangan terbang, tetapi ditahan kerana membawa wang melebihi had serta memerlukan wang sebagai jaminan.
“Mangsa kemudian dihubungi ahli sindiket yang menyamar pegawai kastam dan meminta mereka memasukkan bayaran antara RM5,000 hingga RM130,000 ke dalam akaun bank.

“Selepas menerima wang itu, suspek menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi mangsa,” katanya.

Beliau berkata, akaun bank digunakan sindiket itu adalah akaun CIMB bernombor 07330022708-4, 0733-0022691-52-3, 0733-0024037-52-5 dan 07330049081522 serta 1570 5472 2986 (Maybank).

Katanya, siasatan mendapati akaun digunakan milik rakyat tempatan dan sindiket itu dipercayai membayar RM300 untuk menggunakan akaun bank terbabit

1 comment:

  1. makcik aku janda berusia 33 tahun pg tadi hampir2 menjadi mangsa sendikit ini..nasib baik kami bertanya pada pihak berkuasa iaitu pihak KASTAM..baru lagi berlaku perkara ni jam 9 pg di KLIA..kononnya akan sampai ke KLIA pukul 6.05 pg..tp makcik aku menunggu hampir 3 jam pukul 9pg si penipu tu cal mengunnakan no 014..kemudian mengatakan dia masih berada dlm tahanan IMF..kemudian penipu ke-2 menyamar sbg pegawai kastam mengatakan perlu memasukkan wang rm 1000..makcik aku mengatakan takde cash money tp nak pakai kredit kad..tp mmg pelik kan kerana penipu ke-2 tu pakai no hp 010...sepatutnye pakai la fixed line kan kata pegawai kastam..hehe nasib baik makcik aku tak bank in duit kerana si penipu1 menggunakan english yg bukan britain....rasa was-was baik bertanya pihak berkuasa...terima kasih kepada pihak KASTAM KLIA

    ReplyDelete